Semua accessories atau spareparts sini boleh buat bayaran secara ansuran. Pakai Sekarang Bayar Kemudian.
icon-search
icon-search


Syarikat Inti Deras adalah berkomited untuk melindungi data peribadi anda di Malaysia dan di luar Malaysia. Notis perlindungan data peribadi ini (“Notis”) menerangkan tentang pengumpulan, pemprosesan dan penzahiran data peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“Akta”).  

“Data Peribadi” ertinya maklumat tentang diri anda yang telah anda berikan kepada  Inti Deras apabila anda meminta maklumat, mendaftar masuk untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, memasuki mana-mana transaksi perniagaan dengan Inti Deras dan/atau syarikat-syarikat kami yang berkaitan , apabila mendaftar sebagai pengguna di mana-mana Portal dalam talian kami atau melalui “cookies” pada laman Inti Deras kami, dan boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, usia, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, jantina, tarikh lahir, identiti dalam talian, butir-butir asas anak-anak, status perkahwinan, pekerjaan, butir-butir akaun bank, lingkungan pendapatan, maklumat untuk berhubung, alamat e-mel, majikan, bangsa, keturunan etnik, kewarganegaraan, data lokasi, keutamaan dan penggunaan media, dan data berkenaan tentang tontonan, teknikal dan peranti apabila anda melawat laman-laman web kami, termasuk jenis pelayar atau peranti anda, “cookies”, pengenalpasti unik peranti, alamat IP dan apa-apa maklumat tambahan yang berkaitan dengan anda. Jika anda memberikan kepada kami apa-apa Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga yang boleh dikenalpasti daripada Data Peribadi anda (contohnya maklumat tentang pasangan, anak-anak, ibu-bapa dan/atau pekerja anda), anda merepresentasikan kepada kami bahawa anda telah mendapat persetujuan pihak ketiga tersebut untuk kami memproses Data Peribadi mereka menurut polisi ini.

Sila rujuk juga kepada seksyen ‘Cookies’ kami dalam laman web tersebut yang juga akan membentuk sebahagian daripada Notis ini bagi tujuan mendapatkan persetujuan anda.

Data Peribadi Wajib dan Kesan daripada Kegagalan untuk Membekalkan Data Peribadi

Adalah wajib untuk memberikan kepada kami Data Peribadi anda jika ditunjukkan sedemikiannya dalam mana-mana borang permohonan, pendaftaran atau permintaan kami yang boleh diberikan kepada anda secara fizikal, melalui portal-portal dalam talian kami atau laman web kami (“Data Peribadi Wajib”). Data peribadi wajib adalah data yang kami perlukan bagi membolehkan kami memberikan kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami.  Kegagalan untuk memberikan Data Peribadi Wajib tersebut akan menjejaskan keupayaan anda untuk mengakses portal yang terhad kepada ahli sahaja dan juga kami tidak dapat memberikan kepada anda produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mana anda telah mendaftar dan melanggan untuknya dan kemas kini produk, perkhidmatan, promosi, acara dan/atau pelancaran terbaru kami (“Produk-produk dan Perkhidmatan-perkhidmatan”).  Data peribadi secara sukarela adalah data yang tidak wajib untuk membolehkan kami memberikan kepada anda Produk-produk dan Perkhidmatan-perkhidmatan kami (“Data Peribadi Secara Sukarela”).  Jika anda tidak memberikan kepada kami Data Peribadi Secara Sukarela, anda masih boleh mendaftar masuk untuk Produk-produk dan Perkhidmatan-perkhidmatan kami. 

 

Kaedah-kaedah Pengumpulan dan Pemprosesan Data Anda

Kami akan mengumpul Data Peribadi anda dalam cara-cara dan melalui sumber-sumber seperti berikut:

a) Apabila anda mendaftar suatu akaun pengguna di laman web kami atau di mana-mana portal dalam talian kami;

b) Apabila anda melayari laman-laman Inti Deras web kami dan/atau aplikasi-aplikasi kami, termasuk “cookies” yang digunakan di laman-laman web dan/atau aplikasi-aplikasi kami;

c) Apabila anda menghubungi kami melalui pelbagai cara seperti borang permohonan, e-mel dan surat, platform media sosial termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, Twitter dan Instagram, panggilan dan perbualan telefon yang anda buat dengan kakitangan Inti Deras kami dan atau agen-agen yang dilantik. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda menggunakan  sebarang platform telekomunikasi, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut bagi tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan;

d) Apabila anda menyertai mana-mana kaji selidik, soal selidik, peraduan, pertandingan, tawaran, promosi atau selainnya berinteraksi dengan kami secara online atau offline melalui pihak ketiga yang dilantik;

e) Apabila anda memulakan hubungan perniagaan dengan kami atau apabila anda memasuki apa-apa transaksi perdagangan dengan kami termasuk tetapi tidak terhad kepada anda memberikan barangan dan/atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional anda;

f) Daripada sumber pihak ketiga lain yang sedemikian yang mana anda telah memberikan persetujuan anda untuk penzahiran Data Peribadi yang berkaitan dengan anda, dan/atau jika sebaliknya dibenarkan dari segi undang-undang.

g) Daripada sumber-sumber awam yang sedia ada.

Sekiranya keadaan-keadaan yang disenaraikan dalam perenggan (a) hingga (g) di atas mengakibatkan perkongsian maklumat peribadi berkaitan dengan orang-orang lain (contohnya ahli-ahli keluarga, pekerja atau rakan-rakan anda) dengan kami, anda mengesahkan bahawa, anda telah memperolehi persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat peribadi mereka kepada kami dan untuk kami meggunakannya mengikut Notis ini, dan anda telah memaklumkan kepada mereka untuk membaca Notis ini.

 

 

Penggunaan Data Peribadi, Pembatasan Tujuan

Data Peribadi yang dikumpul oleh Inti Deras boleh digunakan, tetapi tidak terhad kepada takat mana yang perlu bagi tujuan:

a) pentadbiran teknikal laman web, untuk pengurusan pelanggan;

b) untuk kaji selidik produk;

c) memberikan perkhidmatan kepada anda atau untuk menjawab apa-apa soalan daripada anda dan/atau wakil anda;

d) untuk penyimpanan rekod dalaman kami;

e) untuk siasatan dalaman kami;

f) berkomunikasi dengan anda;

g) tujuan pencukaian dan/atau pengauditan;

h) menjalankan acara-acara, program-program, aktiviti-aktiviti promosi pelanggan, dan pemasaran berkaitan dengan perkhidmatan kami;

i) menghantar bahan-bahan seperti surat berita, artikel dan perkara-perkara kemas kini lain;

j) untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang diberikan atau obligasi yang dikenakan oleh undang-undang kepada mana-mana orang dan/atau untuk pentadbiran keadilan; dan/atau

k) untuk apa-apa tujuan yang bersampingan, bertambahan atau berlanjutan dengan tujuan-tujuan yang disebutkan di atas.

(secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-tujuan”)

 

Penzahiran

Data Peribadi yang diberikan kepada kami pada amnya akan disimpan secara sulit tetapi anda dengan ini mempersetujui dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan atau menzahirkan Data Peribadi anda kepada golongan pihak-pihak seperti berikut:-


a) Mana-mana orang yang mana kami terpaksa atau diperlukan untuk berbuat demikian di bawah undang-undang atau dalam memberi gerak balas kepada suatu agensi kerajaan atau yang berkelayakan;

b) Mana-mana orang yang mana anda telah memberikan akses terhadap produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan atau lain-lain cara komunikasi yang telah kami berikan atau atau yang kami berikan kepada anda;

c) Mana-mana daripada anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat kami yang berkaitan termasuk mana-mana yang akan ditubuhkan pada masa akan datang, di Malaysia dan semua negara-negara yang lain;

d) Rakan-rakan kongsi perniagaan kami yang strategik dan wakil-wakil kami yang sah;

e) Juruaudit, pakar runding, akauntan, peguam atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional kami;

f) Subkontraktor-subkontraktor atau pemberi perkhidmatan atau produk pihak ketiga kami sepertimana yang ditentukan sebagai perlu atau wajar.

 

Perlindungan

Kami akan menyimpan dan memproses data anda dalam cara yang selamat. Kami berusaha, di mana praktikal, untuk melaksanakan perlindungan dan prosedur pentadbiran dan keselamatan yang wajar menurut undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunapakai untuk mencegah pemprosesan Data Peribadi anda tanpa izin atau yang menyalahi undang-undang dan kehilangan atau pemusnahan, atau kerosakan yang tidak disengajakan kepada, Data Peribadi anda. Kami akan sentiasa memaklumkan kepada anda tentang apa-apa kemungkiran kepada Data Peribadi anda. Sementara kami berusaha untuk mengambil segala langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi anda dan menjaga supaya Data Peribadi anda dilindungi, mungkin terdapatnya situasi di mana anda berpaut kepada laman-laman web luar semasa menggunakan laman web kami, yang mana kami tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk prosedur-prosedur polisi data, atau kandungan laman-laman luar tersebut.

 

Pemindahan Data dan Berkongsi

Jika kami menganggapnya sebagai perlu atau wajar untuk tujuan penyimpanan atau pemprosesan data atau memberikan apa-apa perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada mana-mana syarikat dan anak-anak syarikat kami yang berkaitan termasuk mana-mana yang ditubuhkan di masa akan datang atau pemberi-pemberi perkhidmatan atau produk pihak ketiga di Malaysia atau di luar Malaysia, atas syarat-syarat kerahsiaan dan peringkat perlindungan keselamatan yang serupa. Anda dengan ini mempersetujui untuk kami memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia dalam keadaan-keadaan ini yang mana kami mungkin perlu memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia jika mana-mana pemberi perkhidmatan atau rakan-rakan kongsi perniagaan kami yang terlibat dalam memberikan sebahagian daripada perkhidmatan kami terletak di negara-negara di luar Malaysia. Langkah-langkah yang munasabah akan diambil untuk melindungi Data Peribadi anda yang mana pemberi-pemberi perkhidmatan dan rakan-rakan kongsi perniagaan ini tidak akan menggunakan Data Peribadi tersebut untuk apa-apa sebab melainkan untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang mana mereka telah dikontrakkan untuk memberinya.

 

Pengekalan Data

Kami akan mengekalkan Data Peribadi anda sebagai mematuhi Notis ini sepanjang hubungan anda dengan kami sama ada ianya melalui pemberian mana-mana produk atau perkhidmatan, atau untuk tempoh masa yang mungkin diperlukan untuk melindungi kepentingan kami dan/atau jika sebaliknya diperlukan oleh undang-undang. Kami akan memastikan bahawa semua Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan selama-lamanya apabila data tersebut tidak lagi diperlukan.

 

Pilihan

Kami ingin menggunakan Data Peribadi anda bagi membolehkan kami untuk memaklumkan kepada anda tentang produk-produk dan perkhidmatan kami dan, jika berkenaan, untuk bertanya anda berkenaan dengannya. Sudah tentu, penyertaan dalam aktiviti-aktiviti tersebut adalah secara sukarela. Jika anda tidak ingin mengambil bahagian, anda boleh memberitahu kami pada bila-bila masa dengan menggunakan butir-butir hubungan kami yang diberikan di bawah ini supaya kami boleh mengecualikan Data Peribadi anda sewajarnya.

 

Persetujuan

Dengan melayari laman web kami atau dengan meng-klik ‘Saya Setuju’ pada muka web kami atau permohonan yang mempunyai pautan atau membuat rujukan kepada Notis, anda dengan ini bersetuju terhadap penggunaan Data Peribadi anda sepertimana yang dinyatakan dalam Notis ini sebagaimana yang boleh dipinda dari semasa ke semasa. Versi Notis ini yang telah dikemaskini akan disediakan di laman web kami. Jika anda telah menunjukkan persetujuan anda untuk menerima bahan-bahan pemasaran atau promosi/komunikasi daripada kami, maka anda bersetuju terhadap penggunaan Data Peribadi itu sepertimana yang dinyatakan dalam Notis ini. Anda boleh memilih untuk tidak menerima bahan pemasaran atau promosi yang sedemikian pada bila-bila masa. Anda boleh menghubungi kami menggunakan butir-butir hubungan yang didapati pada laman web kami atau butir-butir hubungan kami seperti berikut:

 

Plugin Sosial

Inti Deras menggunakan apa yang dikenali sebagai plugin sosial (kemudian dirujuk sebagai pautan) rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan Google+. Semasa lawatan anda ke laman web Inti Deras kami, pautan ini dinyahaktifkan sebagai standard, iaitu tanpa sebarang tindakan di pihak anda, mereka tidak menghantar sebarang data ke rangkaian sosial masing-masing. Sebelum anda boleh menggunakan pautan tersebut, anda mesti mengaktifkannya dengan satu klik. Pautan tersebut tetap aktif sehingga anda menyahaktifkannya semula atau memadamkan cookies anda. Anda boleh mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang cookies dalam notis cookies kami.

 

Berikutan pengaktifan satu link langsung dengan pelayan rangkaian sosial masing-masing diwujudkan. Kandungan pautan kemudiannya dipindahkan terus dari rangkaian sosial ke browser anda dan diintegrasikan ke dalam laman web olehnya. Berikutan pengaktifan pautan, rangkaian sosial masing-masing boleh mengumpul data, tanpa mengira sama ada anda berinteraksi dengan pautan tersebut. Sekiranya anda log masuk ke rangkaian sosial, ia dapat memadankan lawatan anda ke laman web ini dengan akaun pengguna anda. Rangkaian sosial tidak sepadan dengan lawatan ke laman web Inti Deras lain sebelum anda juga mengaktifkan pautan yang sesuai di sana. Sekiranya anda adalah ahli rangkaian sosial dan tidak mahu ia menghubungkan data yang dikumpulkan semasa lawatan anda ke laman web kami dengan data keahlian yang disimpan, anda mesti keluar dari rangkaian sosial masing-masing sebelum mengaktifkan pautan. Kami tidak mempunyai pengaruh sejauh mana data yang dikumpul oleh rangkaian sosial dengan pautan mereka. Untuk maklumat mengenai tujuan dan sejauh mana penangkapan data dan pemprosesan dan penggunaan data selanjutnya oleh rangkaian sosial masing-masing, serta hak-hak anda dalam hal ini dan menetapkan pilihan untuk melindungi privasi peribadi anda, sila rujuk maklumat perlindungan data daripada rangkaian sosial yang dipersoalkan.

 

Penilaian data penggunaan & maklumat yang berkaitan dengan minat.

Kami menggunakan produk Adobe Analytics untuk dapat mengesan keutamaan pengunjung dan sebahagian besar tawaran internet kami. Ini membolehkan kami untuk menyediakan kandungan yang lebih sesuai dengan keperluan anda, dan dengan itu memperbaiki perkhidmatan kami.

Kami juga menggunakan apa yang dikenali sebagai teknologi penargetan untuk dapat memaparkan kandungan yang sepadan dengan minat dan keperluan anda di laman web Inti Deras dan rakan kongsi jualan dan perkhidmatan yang sah. Minat anda terhadap produk dan perkhidmatan kami disimpan dalam cookies sehingga akhirnya. Cookies ini diproses semasa lawatan ke laman web Inti Deras. Ini berlaku dalam cara rahsia, iaitu anda tidak dapat dikenal pasti melalui penargetan semula.

Jika anda tidak mahu Inti Deras mengumpul, menyimpan dan menganalisis maklumat mengenai lawatan anda dan jika anda tidak mahu menerima maklumat mengenai laman web Inti Deras sejajar dengan minat anda anda boleh membantah ini pada bila-bila masa untuk masa depan (opt out).

Opt out Cookies ini ditetapkan di dalam browser anda untuk pelaksanaan teknikal penolakan ini. Cookies ini berfungsi semata-mata untuk memberikan penolakan anda. Sila ambil perhatian bahawa atas sebab-sebab teknikal, cookie penyingkiran hanya boleh digunakan untuk penyemak imbas yang telah ditetapkan. Jika anda memadamkan cookies atau menggunakan browser yang lain atau peranti akhir yang lain, anda mesti opt out semula lagi.

 

Maklumat berasaskan pengguna (targeting dan retargeting).

Kami juga menggunakan apa yang dikenali sebagai teknologi penargetan untuk membolehkan untuk memadankan pemasaran online kami (contohnya banner pengiklanan) lebih khusus kepada keperluan dan kepentingan anda di laman web rakan-rakan penargetan kami (tidak terhad kepada Flashtalking, Google Adwords, Google Doubleclick, Vivaki, Salesforce DMP dan Adobe Target). Kepentingan anda terhadap produk dan perkhidmatan kami disimpan dalam cookies. Cookies ini diproses dan digunakan semasa melawat laman web lain yang bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi retarget kami, agar dapat memberikan anda informasi yang berkaitan sedekat mungkin dengan minat anda. Ini berlaku dalam bentuk rahsia, iaitu. Anda tidak dapat dikenal pasti melalui penargetan semula.

Jika anda tidak mahu Inti Deras dan rakan usaha sama retarget untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis maklumat tentang kunjungan anda, atau untuk menyesuaikan pengiklanan banner kepada minat anda, anda boleh menolaknya pada bila-bila masa untuk masa hadapan (opt out).

Cookies opt-out penyingkiran ditetapkan dalam penyemak imbas anda untuk pelaksanaan teknis penolakan ini. Cookies ini berfungsi semata-mata untuk memberikan penolakan anda. Sila ambil perhatian bahawa atas sebab-sebab teknikal, cookies opt out hanya boleh digunakan untuk browser yang mana ia telah ditetapkan. Jika anda memadamkan cookies atau menggunakan browser yang lain atau peranti akhir yang lain, anda mesti opt out sekali lagi.

 

Hak Akses dan Pembetulan Anda

Untuk memberikan anda Produk-produk dan Perkhidmatan-perkhidmatan yang efektif dan berterusan, anda perlu memberikan kami Data Peribadi yang tepat dan lengkap, yang mana jika gagal kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda. Anda boleh meminta untuk mendapat akses terhadap Data Peribadi anda (pada fi yang ditetapkan), dan/atau membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau yang bukan terbaru, jika perlu. Anda boleh menghubungi kami menggunakan butir-butir hubungan yang didapati di laman web kami atau dalam Notis di atas ini.

Kami menyediakan Polisi ini dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.  Jika berlakunya percanggahan di antara kedua-dua Bahasa ini, versi Bahasa Inggeris akan dikekalkan.  Jika sekiranya terdapat apa-apa percanggahan berkenaan dengan kaedah-kaedah pengumpulan atau penggunaan data peribadi anda di antara Polisi ini dan terma-terma serta syarat-syarat Produk-produk dan Perkhidmatan-perkhidmatan anda yang khusus atau dokumen-dokumen kontrak yang lain, terma-terma dan syarat-syarat Produk-produk dan Perkhidmatan-perkhidmatan anda yang khusus atau dokumen-dokumen kontrak yang lain akan dikekalkan.   

Sekiranya anda tidak menyetujui penggunaan Data Peribadi anda oleh kami untuk apa-apa tujuan lain selain daripada tujuan yang mana maklumat anda telah diberikan kepada kami, anda boleh memaklumkan kami tentang perkara ini dengan menghubungi kami menggunakan butir-butir hubungan yang didapati di laman web kami atau dalam Notis di atas ini, dan kami akan membuat segala usaha yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda menurut undang-undang dan peraturan-peraturan perlindungan data peribadi di Malaysia.


Your cart is currently empty.
Continue shopping
<--Google tag for tiktok ads-->